
基本資料 | Information
KAMI warga sekolah bertekad dengan penuh iltizam, berikrar dengan sepenuh daya usaha untuk:
Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah perpaduan bangsa Malaysia.
Menentukan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sama dan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.
Mewujudkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, bertatasusila dan berhemah tinggi dan serba boleh.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar.
Menjadikan warga pendidik dan kakitangan yang peka, responsif dengan kehendak dan keperluan pelajar dan juga mengamalkan perkhidmatan yang berteraskan sifat penyayang.