基本資料 | Information
SMK ST. MICHAEL bermula dengan sebuah rumah dua bilik yang terletak di Jalan Kanchut dengan jumlah pelajar hanya 30 orang sahaja. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rendah bebas yang ditubuhkan oleh seorang pendakwah kristian ulung yang komited sekalipun pada waktu tersebut telah ada sekolah kerajaan Inggeris. Sekolah St. Michael diasas oleh Rev. Fr. Louis Riboud dari Paris Foreign Mission pada 15 Januari 1934. Dua bulan kemudian, sekolah ini dipindahkan ke bangunan yang disewa dari YM Cik Menyelara, ibunda YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj di Kampong Perak. Jumlah pelajar pada waktu tersebut telah meningkat kepada 100 orang.
Pengetua yang pertama, Mr. Nishi Nakayama, seorang warga Jepun, bekas Pengetua Assumtion Boys' School, Butterworth dengan empat orang guru. Diikuti pada tahun 1936, Mr. Ng Kum Ark telah mengambil alih pentadbiran sekolah st. Michael. Pada tahun 1937, sewaktu Mr. T.V. Pereira dipilIh sebagai pengetua, jumlah muridnya telah meningkat kepada 200 orang dan sekolah St. Michael telah menghasilkan kumpulan pelajar pertama Senior Cambridge. Keputusan peperiksaan Cambridge Oversea O' level School Centificate sekitar tahun 1939 dan 1940 amat baik dan telah mendapatkan perhatian Bishop Melaka, Mgr. Devals yang membeli sebidang tanah dari "Hin Compony" untuk menempatkan sekolah St. Michael di Lorong Merpati dengan harga $8,550.00.
Selepas Jepun menyerah diri, sekolah St. Michael mula beroperasi dengan 100 orang murid di bawah selian YTM Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1948, berlaku pertambahan bilik kelas. St. Michael kemudiannya dikelolai pihak La Salle Christian Brothers yang berpusat di Pulau Pinang. Rev. Bro. Cornelius dilantik sebagai Penyelia Sekolah-sekolah La Salle pertama pada 1 Januari 1949. Pada tahun 1950, buat kali pertama Sultan Kedah telah merasmikan acara sukan sekolah St. Michael.
Pada 1 Januari 1952, sekolah St. Michael yang di bawah naungan Rev. Bro. Anthony telah diberi status grant pendidikan (grant-in-aid status) oleh Jabatan Pel