SMK Kota Kulai

Kota Kulai Secondary School

SMK Kota Kulai

Sekolah Menegah Kebangsaan Kota Kulai (SMKKK) telah dibuka pada 1 Jun 2001. Sebelum itu, SMKKK telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (STARP), Kulai sementara menunggu bangunannya siap. Sekolah ini mendapat nama sempena nama taman perumahan yang pertama diwujudkan di kawasan sekolah ini dibina. Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Tham Juet Lin dan beliau merupakan antara guru yang terawal berkhidmat di sekolah ini bersama Ustaz Sakijan bin Muri (Penolong Kanan Pentadbiran) dan Tuan Haji Kamarudin bin Mohamad Tahir (Penyelaras Kokurikulum).

Sekolah ini telah menerima kumpulan muridnya yang pertama pada 18 Jun 2001, seramai 180 orang iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas peralihan. Penerimaan murid pada hari pertama persekolahan diuruskan oleh 9 orang guru. Pada masa yang itu, segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan sekolah yang ditumpang. Kini (2010), sekolah ini telah mempunyai 67 orang guru, 10 orang kakitangan sokongan dan 970 orang murid daripada Tingaktan Peralihan hingga Tingkatan 5.

SMK Kota Kulai telah beroperasi di bangunan sendiri pada awal sesi persekolahan tahun 2002. Sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan 4 tingkat yang didirikan di atas tanah seluas 12 ekar di kawasan perumahan Taman Putri Kulai.

Pengetua pertama, Pn Tham Juet Lin telah bersara pada 24 Mei 2007 dan diganti oleh Puan Chong Lian How mulai 1 Jun 2007 sehingga November 2008. Kini pentadbiran sekolah diterajui oleh En. Zainal bin Mesran yang mula berkhidmat sejak 18 Disember 2009 sehingga kini.

制服介紹 | Uniform Intro

校園 | Campus

上傳校園照片
本校尚無照片,歡迎提供照片上傳