Regiões Selangor
Categorias de uniformes Escolas secundárias de Malásia
País Malásia
-
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama iaitu Puan Hajah Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 orang pelajar. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 telah diterajui oleh 4 orang pengetua iaitu Puan Hajah Maizan bt. Mohd. Nor (2001 – 2007). Puan Hajah Foziah bt Buang (2007 – 2009), Puan Hajah Zaharah bt Ishak (2009 – Mac 2013) dan Puan Hajah Siti Salmiah bt Yaakob (April 2013 – kini) dan mempunyai 1879 orang pelajar, serta 53 buah kelas. Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang dan Blok Dinamik. Sekolah ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya. Pada hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 mempunyai 114 orang guru dan 11 orang staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas mereka. Setiap orang guru dan staf memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah.
As imagens exibidas nesta seção são ilustrações geradas por IA e não são materiais oficiais das organizações ou marcas originais. Elas não representam designs de uniformes reais, uso real ou posições oficiais. O conteúdo destina-se a fins informativos e educacionais. Todos os nomes de marcas/organizaciones e logotipos mencionados são de propriedade de seus respectivos proprietários.