-
Smjk Kwang Hua, Klang telah ditubuhkan pada tahun 1955 berasal sebagai sebuah Sekolah Menengah Persendirian beraliran Bahasa Cina. Selaras dengan hasrat dan dasar kerajaan, sekolah ini telah ditukarkan kepada sebuah sekolah kerajaan berjenis bantuan modal pada tahun 1962. Ciri-ciri utama sekolah ini ialah semua pelajar diwajibkan mempelajari Bahasa Cina dalam jadual waktu persekolahan. Mereka juga diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dalam PMR dan Peperiksaan SPM. Dengan kata-kata lain, sekolah ini mementingkan tiga bahasa dan adalah diharapkan setiap pelajar berkemampuan untuk menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut tersebut apabila tamat pengajian di peringkat Tingkatan Lima. SMJK Kwang Hua, Klang adalah sebuah sekolah gred A yang mempunyai sejumlah 3660orang pelajar, 151 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Kini, sekolah ini telah berkembang maju dan menampakkan pencapaian yang baik, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta dari segi pembentukan sahsiah. Segala yang tercapai ini adalah selaras dengan visi dan misi sekolah iaitu berhasrat untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkualiti cemerlang di daerah Klang.
유니폼
데이터 추가이 섹션에 표시된 이미지는 AI로 생성된 예시 이미지이며, 원본 기관이나 브랜드의 공식 자료가 아닙니다. 실제 제복 디자인, 실제 착용 모습 또는 공식 입장을 대변하지 않습니다. 본 콘텐츠는 자료 정리 및 소개를 목적으로 합니다. 언급된 브랜드/기관의 명칭과 로고에 대한 권리는 해당 권리자에게 있습니다.